Semalam dan hari ini, berita tentang Fasha Sandha berbikini di Bali menjadi tajuk muka depan akhbar Kosmo. Dilaporkan gambar Fasha sedang bersukaria di pantai disebarkan oleh rakannya sendiri melalui Facebook. Bagi penulis, kenapalah berita ini disensasikan oleh media. Siap letak gambar lagi di muka depan akhbar tersebut. Ini jelas boleh mengaibkan seseorang. Walaupun gambar tersebut jelas mengaibkan kerana seorang wanita Melayu yang beragama Islam memakai pakaian yang tidak menutup aurat, namun tindakan akhbar yang turut mendedahkan gambar tersebut kepada umum jelas menambahkan aib kepada pelakunya. Apa salahnya sekadar melaporkan seorang artis wanita berbikini di bali tanpa mendedahkan nama dan gambar pelakon tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan